Search This Blog

Monday, January 24, 2011

Spider - Rela Ku Pujuk ( Lyrics )

Kisah aku, dia dan "labah-labah"!

Salam para pembaca, semoga di rahmati Allah swt..1st of all saya mau confess yang saya memng suka menulis tetapi malas! time sekolah dulu pernah gak menang pertandingan menulis,English pulak tue ..heheh..dan beberapa karya pernah tersiar di majalah humor Gelihati (errr..mcm tiada sudah sekarng ni magazine..) dan majalah sekolah.. haha...but Yang Berbahagia Encik Cemik memng sngat2 kuat pengaruhnya..maka saya buat account baru saya..tapi minta maaf kalau penggunaan bahasa saya agak rojak yeerr...as a first tribute saya mahu menulis sebuah kisah dari my little black book, sebuah kisah tentang seseorng yang saya sayangi..oh ya, FYI saya ada menyimpan sebuah buku hitam tempat saya berkarya, meluah perasaan, memberi pandangan dan apa2 sajalah..insyaAllah beberapa isi kandungannya bakal di transfer ke blog ini..dan bagi saya, hidup ini bagaikan kisah yang kita sendiri mengiramakannya...sedih,suka, duka apa2 sahajalah..maka itu nama blog sya "Tales In The Rhyme"! teruskan membaca......


"saya tak minat band Melayu!" kata-kata ini pernah saya katakan padanya. Dia ketika itu tidak juga mengia tidak juga menidakkan kata2 saya..tapi kalau saya lihat reaksi nya ketika itu dia seakan2 bersetuju. Kenyataan saya ini memang benar kerana memang saya lebih berminat kepada band2 or artis2 dari USA, Europe & international compared to local! Mungkin kerana cara saya di besarkan di mana kebanykan saudara saya esp,kakak saya memang gila kan muzik orang putih. Dan mak saya juga yang bersekolah keika zaman colonial merupakan punca utama juga kenapa lagu2 English jadi pilihan saya. They were my lullaby haha...dan ketika saya membesar pula kebanyakan lagu Melayu nya tangkap leleh..sudahlah kehidupan amat sukar ketika saya membesar, takkan mahu dengar lagi lagu yang sedih2 kan?? haha..
Tetapi semakin saya menginjak dewasa saya dapati evolusi muzik Melayu seakan2 sedang menjalani proses perubahan ke arah lebih baik, lebih maju ,lebih urban dan lebih berkualiti.
suatu hari dia menyarankan sesuatu ," nah! cuba dengar lagu2 dari band ni..best!yang jadi juara lagu tu.." katanya lagi. kalau tak silap saya masa tu dia ada kaset band tu dan juga pemain kaset/radio. so demi manjaga hati saya pun cuba mendengar di kelapangan masa.
..memang agak catchy dengan lirik2 yang menyentuh hati bagi saya band tersebut memang layak menjadi juara lagu tahun itu dan tidak hairan dia suka! So, dari hari itu saya terus cuba mendengar lagu2 dari band itu..saban masa itulah juga lagu2 yang dinyanyikannya. kadang2 bosan juga dengar suara "kataknya" hahaha...tapi itulah dia, tanpa mengira suka duka, susah senang, lagu2 dari band itu pasti di nyanyikannya...hatta ketika kami hampir melelapkan mata pun kadang2 dia msih mengalun2kan lagu2 dari band itu..errrmmm..alahaiiii..hhahaha..
..dan kini,kalau saya kurang bersemangat kadang2 lirik lagu "nazraku" terngiang2 di telinga..kalau masak atau makan pula kadang2 saya ingatkan diri bahawa "Laukku cukup masin." dan yang lagi best & syahdu kalau tengah sedih atau agak down maka lagu "Relaku Pujuk" saya jadikan penghibur hati duka...
..dan kalau saja ketika dia ada dan dia tahu bahawa ketika dia disakiti ,tak dipeduli atau ketika bersedih maka relaku pujuk..kerana dia adalah saudara saya..dan saya sayang dia seperti mana sayangnya saya pada semua saudara2 yang lainnya...kalau masa itu dapat saya putar kembali maka setiap kali saya marah kan dia dan dia merajuk atau terkilan,maka relaku pujuk...
...dan semalam ketika band pujaannya itu membuat persembahan dalam siaran rakaman suatu program TV,saya seakan terpaku, terkilan dan sayu lantas mengimbau kenangan bersamanya setiap kalinya..dan saya akui memang band itu dan lagu2 mereka layak juara!
...sebelum sempat air mata menitis,  saya tukar channel lantas berdoa kepada yang esa agar Allah menempatkan dia di kalangan orang2 yang soleh..sesungguhnya pemergiannya punya impak yang besar dan positif pada diri ini sehingga kini...semoga setiap doa saya di setiap selepas solat sampai kepadanya...Al-fatihah...